Hadapi Dengan Senyuman

Setiap kisah hidup yang dilalui tidak semestinya mengikut kehendak diri. Adakalanya pelbagai cabaran yang perlu dilalui dan memerlukan pengorbanan yang besar bagi memiliki apa yang dimahukan. Sememangnya agak perit untuk harungi segala kegagalan tersebut namun, perlulah belajar untuk menerima hakikat di mana apa yang telah terjadi adalah sebuah kenyataan.

Selalulah berpesan kepada diri jika ingin menjadi orang yang hebat dan disegani ramai, jangan pernah sedikitpun mengalah terhadap kegagalan.Tidak menjadi satu kesalahan jika diri sendiri berasa agak kecewa dan hilang semangat kerana ia adalah gangguan spiritual yang normal bagi semua orang bila dilanda musibah. Juga tak dinafikan bahawa semua orang telah dianugerahkan hati dan perasaan yang menyebabkan terjadinya keadaan sedemikian. Akan tetapi, janganlah biarkan diri terus hanyut dek emosi kerana jauh lagi perjalanan hidup yang harus ditempuhi.


posted under | 0 Comments

My Heart Is Broken



My Heart is Broken - Adalah Epilog 2011 aku secara rasmi. Namun, pada tahun 2012 ini aku telahpun berazam untuk tidak memusnahkan lagi kehidupanku seperti 2 tahun lepas di mana sisa-sisa hidup aku yang selama ini cuma mengharapkan sesuatu yang sia-sia. Alhamdulillah, Prolog bagi tahun 2012 telah menampakkan sedikit peluang untuk aku berubah (",)

Selamat tinggal kisah 2010-2011. Walaupun ada juga kisah yang manis tetapi keperitan yang banyak dinukilkan. Biarkan perkara lepas dijadikan sejarah dan pengajaran. Terima kasih kepada 'pencipta' memori terindah itu dan aku tak nafikan bahawa 100% aku dapat padamkan kisah-kisah itu. Mungkin aku hanya mampu untuk memudarkannya, Insya-Allah.

posted under | 0 Comments

Epilog 2011

Alhamdulillah, aku masih diberikan kesempatan untuk lalui kesemua episod hidupku pada tahun 2011. Terlalu banyak kisah yang telah diwarnai dengan pelbagai bentuk emosi untuk diterjemahkan. Namun, kesemua itu telahpun terjadi. Aku sangat hargainya dan turut pasrah dengan apa yang telah tertulis kerana inilah yang dikatakan sebuah KEHIDUPAN.

Sedar tak sedar, kurang dari 12 jam saja lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan bermulanya sebuah kisah baru bagi tahun 2012. Aku yakin ramai yang mempunyai resolusi tersendiri untuk dilaksanakan. Cuma di sini aku ingin menyatakan bahawa sejak awalnya blog ini dicipta (Tahun 2008), aku sering nantikan 'MISI:2012' dan kini ia telahpun tiba. Jadi tak sabar pula untuk aku melaksanakan misi ini kerana tahun 2012 bagi diriku amatlah mencabar dari tahun-tahun sebelumnya.




Aku ingin kongsikan beberapa tips bersama rakan-rakan yang membaca blog ini. Sudah pasti ramai yang telah berjaya melaksanakan resolusi masing-masing bagi tahun 2011. Bagi mereka yang resolusinya masih ada yang belum terlaksana janganlah berputus asa kerana ia boleh dilakukan pada tahun 2012 ini. Anggaplah apa yang tak dapat dimiliki itu memerlukan masa yang panjang tetapi harus juga beringat bahawa 'deadline' itu sangat lah penting.

Setiap resolusi / matlamat yang ingin dilaksanakan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

i) Realistik
ii) Mampunyai kepentingan pada diri sendiri
iii) Ketahui kemampuan diri
iv) Ketetapan 'deadline'
v) Bertujuan untuk kebaikan
vi) Melaksanakan setiap resolusi


Insya-Allah jika matlamat yang direncanakan itu ingin dilaksanakan dengan sepenuh hati pasti akan dapat dimiliki! Selain itu, tuliskan setiap resolusi tersebut di dalam diari mahupun mana-mana ruang simpanan peribadi supaya apabila setiap resolusi tersebut dapat dilihat sudah pasti ia akan memotivasikan diri sendiri untuk terus dilaksanakan.

"Semakin banyak kegagalan yang ditemui, semakin hampir untuk menemui kejayaan" Namun, perlulah juga berusaha untuk mengelakkan kegagalan yang sama terus berulang. Setiap apa yang direncanakan, sebagai seorang muslim perlu berdoa kepada Allah untuk beroleh keberkatan.


Akhir kata, teruskan merancang / merencana kerana jika gagal untuk merancang, ia sama seperti merancang untuk gagal!

 
SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!

posted under | 0 Comments

Baik & Baik


Kebaikan adalah perbuatan mulia yang harus diberikan kepada semua orang. Setiap amalan baik yang dilakukan pasti ada ganjarannya dan mampu membuatkan orang lain berasa gembira dan selesa bila bersama.


Perbuatan ataupun perilaku baik haruslah dizahirkan dengan penuh keikhlasan supaya setiap penyampaian itu jelas dirasai mereka yang menerima biarpun perbuatan itu hanyalah sebesar zarah.

Konteks kebaikan terhadap individu lain pada ketika ini kebanyakannya atas kepentingan sendiri. Malah ada juga yang melakukan kebaikan ini bagi beroleh ganjaran yang lebih dari apa yang dilakukan. Amatlah malang bagi mereka yang punya cara sebegini kerna suatu masa nanti pasti tindakan itu jelas kelihatan.

Percayalah bahawa apa cara sekalipun yang disampaikan dengan niat yang BAIK dan tidak mengharapkan pembalasan, kenyataannya pelaku tersebut pasti berasa tenang, aman dan semestinya pasti ia akan beroleh kebaikan semula di dalam pelbagai cara.

Jangan pernah kita lakukan sebarang perkara yang keji mahupun menganiaya orang lain lebih-lebih lagi apabila diri sendiri diberi layanan yang buruk. Semua itu ada hikmahnya, maka bersabarlah dengan setiap dugaan yang mendatang.

posted under | 0 Comments

Hidup vs Mati

Apabila seseorang insan yang masih hidup, dia pasti akan lalui warna-warna kehidupan yang bercampur aduk. Adakalanya dua perkara utama yang pasti berlaku:
  1. Pujian
  2. Kritikan / cacian
Tidak dinafikan secara lumrahnya, kebanyakan manusia gemar melihat kelemahan orang lain. Malah apabila mengkritik serta memberikan cacian amatlah sinonim dengan keangkuhan manusia yang memiliki keistimewaan yang lebih baik dari yang lain.

Cuba kita bayangkan seandainya seseorang yang kita mengkritik ataupun menghina pada usia hidupnya. Pernahkah kita berasa puas?

Bila mana insan yang kita perlakukan seperti itu telah tiada lagi (mati). Sudah pasti kita akan berasa menyesal akan perbuatan tersebut. Malah ada yang teresak-esak mengenang kembali kesilapan lepas, walhal pada ketika itu waktu tidak mungkin bisa dibalikkan.

Mengapa semua ini terjadi?


Terciptanya kita sebagai manusia biasa biarpun punya pangkat sehebat mana. Namun, pada hakikatnya kita tidaklah sesempurna yang ada. Hargailah setiap insan yang kita kenali dan yang masih bersama kerna kepergian (mati) mereka sudah pasti tidak akan kembali. Malah jika ada kesalahan secara langsung ataupun tidak, sebaiknya bermaafanlah selagi masih punya waktu yang diberikan-Nya.

posted under | 0 Comments
Older Posts

Utusan Malaysia Online

Sasuke



Blah..blah..blah


Recent Comments