Epilog 2011

Alhamdulillah, aku masih diberikan kesempatan untuk lalui kesemua episod hidupku pada tahun 2011. Terlalu banyak kisah yang telah diwarnai dengan pelbagai bentuk emosi untuk diterjemahkan. Namun, kesemua itu telahpun terjadi. Aku sangat hargainya dan turut pasrah dengan apa yang telah tertulis kerana inilah yang dikatakan sebuah KEHIDUPAN.

Sedar tak sedar, kurang dari 12 jam saja lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirai dan bermulanya sebuah kisah baru bagi tahun 2012. Aku yakin ramai yang mempunyai resolusi tersendiri untuk dilaksanakan. Cuma di sini aku ingin menyatakan bahawa sejak awalnya blog ini dicipta (Tahun 2008), aku sering nantikan 'MISI:2012' dan kini ia telahpun tiba. Jadi tak sabar pula untuk aku melaksanakan misi ini kerana tahun 2012 bagi diriku amatlah mencabar dari tahun-tahun sebelumnya.




Aku ingin kongsikan beberapa tips bersama rakan-rakan yang membaca blog ini. Sudah pasti ramai yang telah berjaya melaksanakan resolusi masing-masing bagi tahun 2011. Bagi mereka yang resolusinya masih ada yang belum terlaksana janganlah berputus asa kerana ia boleh dilakukan pada tahun 2012 ini. Anggaplah apa yang tak dapat dimiliki itu memerlukan masa yang panjang tetapi harus juga beringat bahawa 'deadline' itu sangat lah penting.

Setiap resolusi / matlamat yang ingin dilaksanakan haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

i) Realistik
ii) Mampunyai kepentingan pada diri sendiri
iii) Ketahui kemampuan diri
iv) Ketetapan 'deadline'
v) Bertujuan untuk kebaikan
vi) Melaksanakan setiap resolusi


Insya-Allah jika matlamat yang direncanakan itu ingin dilaksanakan dengan sepenuh hati pasti akan dapat dimiliki! Selain itu, tuliskan setiap resolusi tersebut di dalam diari mahupun mana-mana ruang simpanan peribadi supaya apabila setiap resolusi tersebut dapat dilihat sudah pasti ia akan memotivasikan diri sendiri untuk terus dilaksanakan.

"Semakin banyak kegagalan yang ditemui, semakin hampir untuk menemui kejayaan" Namun, perlulah juga berusaha untuk mengelakkan kegagalan yang sama terus berulang. Setiap apa yang direncanakan, sebagai seorang muslim perlu berdoa kepada Allah untuk beroleh keberkatan.


Akhir kata, teruskan merancang / merencana kerana jika gagal untuk merancang, ia sama seperti merancang untuk gagal!

 
SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!

posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Utusan Malaysia Online

Sasuke



Blah..blah..blah


Recent Comments