Kaizen

kAIzEN = change for the better / improvement = berubah menjadi lebih baik


Perkataan kAIzEN ini sudah pasti ramai yang pernah ketahui. Namun, setiap insan yang memahami maksud dari perkataan ini sudah pasti mempunyai pegangan yang tersendiri. Begitu juga dengan diriku yang bernama Emran.

Di dalam dunia yang fana ini telah menyatakan bahawa tiada seorang pun manusia yang sempurna / maksum melainkan Rasul (Nabi Muhammad SAW). Kenyataan ini sudah pasti difahami semua malah akan ada perubahan buat seseorang itu jika adanya peralihan diri sendiri untuk terus maju kehadapan dengan penuh kejayaan. Walaupun kesempurnaan yang cuba dimiliki tidaklah sehebat yang dijangka, tetapi sudah cukup bererti kepada kemampuan sendiri jika dibandingkan dengan insan lain yang tidak pernah ada perubahan.

Kehidupan ini umpama roda kerna setiap detik kegembiraan dan kesedihan pasti akan berulang. Kegembiraan adalah perkara utama di dalam setiap kehidupan kerna ia bisa menyemarakkan lagi jiwa ini untuk terus menjadi sempurna. Kesedihan pula adalah perkara yang paling dibenci semua kerna ia mampu menjadikan seseorang itu berubah dari asal dirinya sendiri.

Aku yakin bahawa sesiapa yang lahir di dunia ini pasti akan merasai detik kesedihan seperti putus cinta, hilang keyakinan diri, perginya insan yang tersayang, kegagalan di dalam mengejar cita-cita dan lain-lain. kAIzEN! adalah tindakan yang paling sesuai bagi menangani keadaan ini. Seseorang itu haruslah:
  • Berusaha bersungguh-sungguh untuk terus menjadi yang terbaik
  • Jangan pernah melabelkan diri bahawa semua yang terjadi tidak ada penawar
  • Perlu melupakan kisah pahit tersebut walaupun pada hakikat kisah itu akan terus kekal hingga akhir hayat, akan tetapi cubalah pudarkan keadaan itu
  • Banyakkan berdoa kepada-Nya dan memaafkan kesalahan sesiapa saja yang terlibat secara langsung mahupun tidak pada diri ini
  • Mulakan episod baru dan buka diari baru untuk kehidupan mendatang
  • Belajar menerima HAKIKAT terhadap semua musibah
  • Anggaplah bahawa di masa hadapan akan ada peluang yang lebih baik dan semua yang terjadi itu ada hikmahnya
Sesungguhnya perubahan untuk terus menjadi yang terbaik adalah amat bermakna, tetapi akan cukup sempurna dan penuh bererti jika ia dilakukan oleh diri sendiri dengan ketulusan nurani. Tiada siapa dapat mengubah dirinya sendiri melainkan dirinya sendiri yang mahukan perubahan itu.



posted under |

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Utusan Malaysia Online

Sasuke



Blah..blah..blah


Recent Comments